KORDINASI
KIMIA DALAM BADAN
Kalenjar endokrin dan Fungsinya |
Kesan Kekurangan dan Kelebihan Hormon |
Pituatari- mengawal aktiviti-aktiviti kalenjar lain dan bertindak sebagai kalenjar utama. - Mengawal kadar pertumbuhan badan. |
Kelebihan : menyebabkan sifat kegergasian Kekurangan : menyebabkan sifat kekerdilan |
Tiroid- mengawal kadar metabolisme asas - mengawal perkembangan mental dan perkembangan fizikal |
Kelebihan : kadar metabolisme meningkat, mata menonjol, sering gelisah. Kekurangan :krenitisme pada kanak-kanak (pertumbuhan terbantut dan otak terencat), myxedema pada orang dewasa dan goiter. |
Adrenal- membantu mengatasi keadaan cemas dengan mempercepatkan kadar denyutan jantung, kadar respirasi dan tekanan darah. - Meningkatkan kecekapan otot-otot. - Meningkatkan kepekatan gula dalam darah. |
Kelebihan : Menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi dan kepekatan gula dalam darah tinggi meningkat. Kekurangan :Menyebabkan penyakit Addison, iaitu kehilangan air dan garam berlebihan dari badan. |
Pankreas- megawal aras gula dalam darah - merangsangkan hati bagi menguraikan glukosa |
Kelebihan : aras gula dalam darah rendah dan boleh menyebabkan pengsan Kekurangan :menyebabkan penyakit diabetes (kencing manis) |
Ovari- mengawal perkembangan ciri-ciri seks sekunder perempuan - mengawal kitar haid - mengawal perkembangan ovari - merangsang kalenjar susu bagi menghasilkan susu |
Kelebihan : bayi (fetus) gugur sebelum cukup bulan Kekurangan : perkembangan ciri-ciri seks sekunder terencat, kitar haid terhenti atau tidak tetap. |
Testis- mengawal perkembangan ciri-ciri seks sekunder lelaki - merangsang perkembangan dan kematangan testis |
Kelebihan : mengakibatkan sifat kelakian yang berlebihan Kekurangan : perkembangan ciri-ciri seks terencat. |