PENENTUAN SIFAT PADA MANUSIA
- Dalam sel soma
manusia, terdapat 46 kromosom iaitu 44 autosom dan 2 kromosom seks,
kromosom X dan kromosom Y.
- Autosom menentukan
sifat-sifat pada manusia, manakala kromosom seks menentukan jantina
seseorang.
- Gen ialah unit bahan baka
dalam kromosom yang mengawal suatu sifat tertentu, misalnya warna kulit,
warna mata dan cap ibu jari.
- Setiap kromosom
membawa beribu-ribu gen yang mengawal sifatr-sifat berlainan.
- Mutasi gen merupakan perubahan
yang mengejut pada struktur gen. Perubahan itu mungkin akan membawa kesan
yang buruk kepada organisma seperti kecacatan ataupun sifat yang baru yang
lebih baik.
- Gen dominan mengawal sifat-sifat
yang dominan manakala gen resesif mengawal sifat-sifat resesif.
- Gen dominan adalah
lebih kuat daripada gen resesif dan boleh menutupi sifat gen resesif.
- Ini bermakna jika gen
dominan untuk sifat tinggi berpasangan dengan gen resesif untuk sifat
kerdil, hanya sifat tinggi ditunjukkan.
- Sifat resesif hanya
ditunjukkan jika kedua-dua gen yang mengawal sifat itu adalah gen resesif.
- Contoh : Jika mata
hitam adalah sifat dominan dan mata biru ialah sifat resesif.
- Sifat-sifat
perantaraan mungkin terhasil antara satu gen dominan dan satu gen resesif
di mana sifat dominan tidak menutupi sepenuhnya sifat resesif. Keadaan ini
disebut kedominan tidak lengkap. Contohnya rambut perang.
PENENTUAN SEKS PADA MANUSIA
- Kromosom seks iaitu
kromosom X dan kromosom Y menentukan jantina seseorang itu.
Lelaki : 44 + XY
Perempuan : 44 + XX
- Seks seseorang adalah
ditentukan oleh jenis sperma yang bersenyawa dengan ovum. Ini bermakna
bapa yang menentukan seks seseorang anak.
KEJADIAN ANAK KEMBAR
- Kelahiran anak kembar
terjadi apabila lebih dari satu zigot terbentuk selepas proses
persenyawaan.
- Kembar seiras terjadi
apabila satu ovum yang tersenyawa membahagi dua menjadi dua zigot.
Kedua-dua fetus dalam kandungan biasanya berkongsi plasenta yang sama.
- Anak-anak kembar
seiras mempunyai sifat dan jantina yang serupa kerana mereka berasal
daripada sperma dan ovum yang sama, maka mereka mengandungi gen-gen yang
sama.
- Kembar tak seiras pula
terjadi apabila 2 ovum disenyawakan oleh dua sperma yang berlainan untuk
membentuk dua zigot. Sifat dan jantina mereka adalah berbeza.
- Kembar siam akan
terjadi jika zigot membahagi dengan tidak sempurna menyebabkan anak-anak
kembar yang terhasil itu bercantum pada bahagian-bahagian tertentu.
MUTASI
- Mutasi ialah perubahan
spontan terhadap gen atau kromosm yang menyebabkan perubahan pada sifat organisma seperti
kecacatan fetus, kerencatan akal dan penyakit baka tertentu.
- Ianya wujud sebagai
gen resesif.
- Terdapat dua jenis
mutasi iaitu mutasi gen dan mutasi kromosom.
- Mutasi gen
menghasilkan gen yang baru menggantikan gen yang normal. Contoh sifat yang
disebabkan oleh mutasi gen seperti albino, anemia sel sabit, hemofilia dan
buta warna.
- Mutasi kromosom
disebabkan oleh perubahan pada struktur susunan dan bil kromosom seperti
sindrom down, sindrom klinefelter dan penyakit Turner.
- Faktor-faktor yang
boleh menyebabkan mutasi adalah seperti :
(i)
Suhu
tinggi
(ii)
Sinar
radioaktif
(iii)
Sinar
Ultraungu
(iv)
Sinar-X
(v)
Bahan
kimia tertentu
KEMAJUAN PENYELIDIKAN GENETIK
- Penyelidikan genetik
telah memberi sumbangan besar kepada bidang perubatan dan pertanian.
- Kajian genetik
membolehkan para saintis mengenali pelbagai jenis penyakit baka dan
menghasilkan ubat yang baru bagi manusia serta menghasilkan baka baru bagi
haiwan ternakan dan tumbuhan.