SUNNATULLAH

 

1. Sunnatullah bermaksud setiap kejadian alam telah ditentukan oleh Allah S.W.T  

    peraturan, peranan dan fungsinya.

 

2. Dalam ayat 27 Surah Ali Imran Allah telah menjelaskan kekuasaannya mengenai:

(a)    Pertukaran siang dan malam

(b)   Menghidupkan sesuatu daripada benda yang mati dan mengeluarkan benda yang mati daripada sesuatu yang hidup

(c)    Memberi rezeki yang tidak terhingga banyaknya kepada sesiapa yang ia kehendaki

    Keterangan-keterangan di atas jelas membuktikan bahawa segala makhluk di alam

    ini adalah tertakluk kepada di bawah tadbiran dan peraturan Allah.

 

3. Kekuasaan Allah dapat dilihat dari keunikan kejadian alam ini. Alam yang indah

    dihiasi dengan cakerawala seperti bulan, bintang, matahari dan planet membuktikan

    kebijaksanaan penciptanya.

 

4. Di samping menjadikan segala yang ada dalam alam, Allah juga berkuasa

    mentadbirkannya.

    Sebagai contoh: Semua planet bergerak dan beredar mengikut mengikut ketetapan

    masing-masing. Tidak pernah berlaku perlanggaran antara planet-planet tersebut

    kerana semuanya telah dikawal rapi oleh satu kuasa yang maha bijaksana iaitu    

    Allah.

 

5. Semua peraturan tersebut dikatakan sebagai sunnatullah iaitu semua makhluk  

    bergerak, beredar, hidup dan mati mengikut ketetapan allah sejak azali.

 

6. Allah Maha berkuasa menjadikan alam, manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan

    makhluk-makhluk yang lain, maka Allah berkuasa pula menentukan dan 

    menetapkan  peraturan alam yang sesuai dengan keadaan dan keperluan manusia di

    bumi ini.

 

7. Penemuan dan penerokaan ahli sainsdalam beberapa bidang baru tidak

    bertentangan dengan sunnatullah, sebaliknya ia membuktikan bahawa  kejadian

    makhluk ini mempunyai peranan dan fungsinya yang telahdi tetapkan oleh Allah

    yang Maha Kuasa dan Maha Bijaksana.

 

8. Orang yang beriman sentiasa tunduk dan mengakui bahawa semua kejadian

    adalah mengikut peraturan (sunnah) yang ditetapkan Allah.

 

9. Orang yang melanggar Sunnatullah akan menyebabkan kerosakan dan kebinasaan

   di atas dunia  ini seterusnya menghancurkan diri sendiri dan tersisih daripada

   keredhaan Allah, sebagaiman disifatkan oleh Allah  dalam firmannya:

{ظهر الفساد فى البر والبحر بما كسبت أيدى الناس ليذيقهم بعض الذى عملوا لعلهم يرجعون}       

   Maksudnya: Telah nampak berbagai kerosakan di darat dan di laut disebabkan 

   perbuatan tanga manusia, kerana Allah hendak merasakan kepada mereka

   sebahagian  daripada akibat perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, agar

   mereka kembali kepada jalan yang benar.

 

MELANGGAR SUNNATULLAH

 

1.Melanggar peraturan alam (sunnatullah) yang telah di tetapkan oleh Allah akan

   membawa kerosakkan dan memberi padah kepada seseorang individu dan

   masyarakat.

2.Contoh bencana yang berlaku akibat melanggar sunnatullah dan sebabnya adalah

   seperti berikut:

(a)    Penyakit Aids : antaranya disebabkan oleh hubungan seks bebas (perzinaan) Allah telah menjadikan perkahwinan sebagai satu fitrah ke atas manusia.

(b)   Pencemaran air : Disebabkan manusia membuang sampah sarap dan bahan kimia (seperti toksid) kedalam sungai dan berlaku tumpahan minyak yang teruk ke dalam laut daripada kapal-kapal tangki minyak. Ia menyebabkan sumber air  yang sangat diperlukan oleh manusia terancam.

(c)    Udara berjerebu : Disebabkan oleh pelepasan asap yang tidak terkawal dari kenderaan dan kilang-kilang. Ini menyebabkan kandungan oksigen di dalam udara terganggu dan mendatangkan penyakit.

(d)   Banjir kilat : Disebabkan oleh penebangan hutan yang berleluasa tanpa perancangan dan bukit-bukit diratakan  tanpa memikirkan akibatnya.

(e)    Tanah runtuh : Disebabkan bukit-bukit diratakan tanpa perancangan yang teliti untuk tujuan pembangunan.

 

PENGAJARAN AYAT

(Surah Ali Imran, ayat 26-27)

 

 

1-     Allah S.W.T berkuasa secara mutlak ke atas semua makhluk dalam alam ini.

2-     Semua perkara yang berlaku dalam alam ini adalah mengikut sunnatullah.

3-     Amalan melanggar sunnatullah akan memberi padah kepada seseorang dan masyarakat.

 

 

 

PENGHAYATAN

 

v     Sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah S.W.T kepada kita.

v     Menerima segala ketentuan Allah dengan penuh keredhaan.

v     Melakukan sesuatu perkara, tanpa melanggar peraturan Allah iaitu dengan mengelakkan dari melakukan perbuatan yang merbahaya, merosak dan mendatangkan kemurkaan Allah kepada diri dan masyarakat.

v     Tidak membangga diri atau berlaku zalim  apabila berpangkat atau berkuasa.

 

Ingat! Kekuasaan manusia adalah kuasa pinjaman kerana kuasa manusia adalah adalah kurnian allah S.W.T dan allah boleh menarik balik kuasa yang ada.